Maigadd!! Haru hidup aku harini dari awal pagi sampai ke petang. Tujuan aku keluar rumah harini, hanya satu misi sahaja iaitu renew pasport. Sebelum, aku nak pergi pejabat imegresen aku google la terlebih dahulu mana cawangan yang terdekat. Punyalah bersyukur dekat UTC Keramat ni ada, nak pergi berjalan kaki pun dekat. Rajin dengan tidak sahaja. Tapi, jangan fikir yang dekat tu memudahkan proses kita melakukan pembaharuan pasport ya!
Masuk harini sahaja dah kali ke-4 aku tak luck bila singgah pejabat imigresen. First, hujung minggu haritu, line offline sampai Isnin baru ni. Okay lagilah, boleh terima. Rabu semalam, after class cancel dalam pukul 10.00 pagi nombor pula habis. Jadi, harini aku bangunlah awal pagi, around 7.30 dah terpacak dekat depan pejabat imegresen UTC ini, alih-alih offline beb. Masa tu cool lagi, terus pergi pudu, punya panjang beratur dah macam ular sawa, dah dekat giliran aku tup-tup nombor habis. Time ni rasa terbakar jugalah, kaki dahlah sakit kena beratur, angin jugalah. Balik damai, singgah semula UTC Keramat ini, tanya dia sampai bila offline, katanya tak tentu mungkin 1 jam, mungkin 2 jam, mungkin 1 hari.
Okaylah, aku tunggu dalam sejam lebih still offline sempat aku pergi AEON BIG, Wangsa Maju beli barang sikit. Around 1 tengahari, aku call pejabat imegresen UTC Keramat, katanya dah online semula nombor still ada lagi katanya. Nak taknak, aku pecutlah ke UTC Keramat balik. Alhamdulillah, nombor ada lagi, dan orang jangan cakaplah ramai. Kata orang, weekdays tak ramai orang, hujung minggu lagi ramai. Bagi aku serupa sahaja, takde beza hari biasa dengan hujung minggu. Memandangkan aku dah berjaya membuat pembaharuan pasport dengan jayanya harini, aku share dengan engkorang semua serba sedikit info pejabat imigresen di UTC Keramat.
Waktu operasi Jabatan Imigresen Cawangan UTC Keramat Kuala Lumpur
WAKTU OPERASI: Isnin hingga Ahad (Setiap hari kecualicuti umum)
8.30 pagi sehingga 10 malam (Waktu rehat: 7.00 petang - 8.00 mlm)
Hari Jumaat (12.15 tengahari - 2.45 petang) : TUTUP
*No limit untuk 100 orang sahaja satu hari, jadi rancanglah waktu sebaik-baiknya. Sebelum pergi, better call dulu. Nanti pergi-pergi offline pula, awak pula balik menyirap.
Senang sahaja nak pergi sini, naik LRT sampai Damai. Turun LRT, pandang belah tepi dah nampak bangunan UTC Keramat, masuk dalam tu nanti jumpalah pejabat imigresen.
Langkah-langkah pembaharuan passport:
1) Masuk-masuk sahaja, terus cari pejabat imigresen. Ambil no. giliran di kaunter serve 1 yang berada di luar pejabat imigresen (sertakan sekali ic dan passport lama).
2) Dah dapat no, bolehlah masuk ke dalam cari tempat duduk. Tunggu sehingga no. engkorang dipanggil.
3) Bila dah dipanggil, sertakan ic. dan juga passport kita pada pihak imigresen. Seperti biasa, kemaskini maklumat peribadi jika ada pembaharuan, cap jari. Bila dah settle, bersedia untuk bergambar. Yang perempuan better pakai tudung hitam.
4) Dah selesai bergambar duduk semula, tunggu sehingga no anda dipanggil sekali lagi untuk sesi pembayaran. Around 15 minit jugalah nak mebayarnya ni.
5) Apabila selesai membayar, nanti pihak imigresen akan sertakan resit untuk kita collect passport. Passport akan siap selepas 1 jam kita membuat pembayaran. Boleh sahaja nak ambil keesokkan harini, tapi aku malas nak pergi dua tiga kali. Jadi tunggu sahajalah sampai siap.
6) Kalau engkorang luck, tak sampai satu jam pun dah siap. Macam aku tadi, katanya dalam 2 jam baru siap sebab sistem tak kuat. Bila tunggu punya tunggu tak sampai 1 jam pun pasport siap dengan jayanya. Bolehlah senyum sampai ke telingga. Jadi, tak rugilah kan jadi orang yang bersabar.
Ini gambar dalam pejabat imegresen UTC Keramat, ramai jugalah waktu-waktu macam ni. Mana dorang nak pergi aku pun tahu. Semua pakat nak ke luar negara kot.
Kalau rasa dekat sini susah korang nak buat pasport, bolehlah ke cawangan lain. Antaranya;
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
CAWANGAN URBAN TRANSFORMATION
CENTER (UTC) KUALA LUMPUR
ARAS 1, PUSAT TRANSFORMASI BANDAR
JALAN 2/48A, SENTUL PERDANA
BANDAR BARU SENTUL
51000 KUALA LUMPUR
TEL: 03-40400143
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
CAWANGAN WANGSA MAJU
ARAS 1
WISMA SRI RAMPAI
JALAN 34/26 TAMAN SRI RAMPAI
53300 SETAPAK
KUALA LUMPUR
TEL: 03-41423449
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
CAWANGAN URBAN TRANSFORMATION
CENTER (UTC) KUALA LUMPUR
NO 6, ARAS 2, PUDU SENTRAL
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
55100 PUDU
KUALA LUMPUR
TEL: 03-2026 2090
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
ARAS LG 1,2, & 5
KOMPLEKS KEMENTERIAN DALAM NEGERI
(KDN JALAN DUTA)
NO 69, JALAN SRI HARTAMAS 1,
OFF JALAN TUANKU ABDUL HALIM
50480 KUALA LUMPUR
TEL: 03-62057400
Ini sahaja info yang aku dapat kongsikan serba sedikit info pejabat imigresen UTC Keramat. Sebaik-baiknya, pergi seawal pagi yang boleh. Nanti tak payahlah beratur panjang.
p/s: Okay bye, jumpa lagi 5 tahun!
renew pun ramai kan... betul lah, nak kemana saja lah semua semua ni haha
ReplyDeleterabu lepas g imegresen wangsa maju nak renew gak tp offline :((
ReplyDeletewaaa banyak jugak ujian nak perbaharu passport ni tq Azwar kerana share info ni :) pasni boleh buat perancangan awal sebelum ke pejabat imigresen
ReplyDeleteOmg sama. Minggu ni je dah 5 kali pergi pejabat imegresen. Mostly balik sebab nombor giliran habis. 3 kali pergi yang kat Shah Alam and 2 kali pergi dekat Kuala Selangor. Last sekali (kali ke-5) pergi kat Kuala Selangor baru dapat. Pheww.
ReplyDeleteTeena pun pernah pergi utc keramat buat ic & lesen yg hilang T_T
ReplyDeleteselalu time belum buka lg, dah terpacak kat situ. pintu belum buka pon kadang org dah beratur panjaaaang
ReplyDeletemasa gi buat border hari tu pun ramai... buat pun hujung minggu dekat UTC XD ahahaha
ReplyDeleteyaya ni xde lg pasport..huhu
ReplyDeletentah bile nk buat..haihhh
Imegresen UTC Keramat servis macam bab* 😠Langsung tak letak kat depan pintu atau tempat ambil nombor giliran kat kaunter luar apa dokumen yang diperlukan untuk buat passport anak bawah umur. So semalam sebab bawak je ic anak saya diarahkan balik ambil surat beranak anak beserta salinan dan ic anak dan ic saya mesti ada salinan. Sebab nak rush ambil anak yang lain balik sekolah petang tu di Maluri saya decide datang hari ni.
ReplyDeleteMalangnya sampai je nak ambil nombor kat kaunter ada notis 'sistem offline'. Tanya dengan kerani yang jaga kaunter JPN sebelah tu sampai bila offline dia cakap tanya imegresen sendiri..dia jaga yang JPN punya je.
Bila masuk kat dalam Imegresen tanya sistem offline dari jam berapa..dia jawab 3pm tadi sampai malam ni.
Yang paling sakit hati bila tanya staff imegresen kat dalam tu kenapa tak umumkan kat website rasmi. Dia boleh jawab tu bukan kerja saya.
Ni la mentaliti kakitangan kerajaan yang b*d*h....buat kerja dia je...yang bukan kerja dia tak perlu buat..main pc boleh la pulak duk situ menghabiskan waktu kerja untuk tunggu punch out.
Esok dah la cuti. Jumaat tak tau depa ni macam mana lagi. Nak kene hantar passport kat pusat ****** **** by Jumaat ni la pulak.
Ada website simpan jadi muzium takde update buat apa...kannn..geram nyerrr 😬
The game that sold men and women on the PlayStation.
ReplyDelete