5 Tip Bajet Tabung Wang Kecemasan | Menabung Secara Bijak! - Azwar Syuhada

Saturday, 11 June 2016

5 Tip Bajet Tabung Wang Kecemasan | Menabung Secara Bijak!

Salam to all readers,



Tadi masa waktu senggang, aku ada baca satu artikel dalam majalah dara. Seperti biasalah, apa yang aku rasa best sudah semestinya aku share pada engkorang semua. Jimat duit, tak perlu beli majalah kan? Just google blog gua. hehehe.. Artikel yang aku nak kongsi ini, bukanlah baru sangat pada pendengaran engkorang, boleh dikatakan saban hari, diikuti setiap tahun mesti ada isu ini dibangkitkan. 

Mari rapat-rapa sikit, aku nak kongsi sedikit tips dari apa yang aku baca dan aku olah dengan cara aku sendirilah yeahhh. Benda aku nak share ini adalah "5 TIPS BAJET TABUNG WANG KECEMASAN | MENABUNG SECARA BIJAK!". Siapa tak sayang duit kan? Aku bab duit ini memang expert, bersinar-sinar bebola mataku. hahaha..

Bagi mereka yang dah bekerja, pasti bukan mudah untuk engkorang mempunyai baki simpanan akaun bank setiap bulan kan? Tambah-tambah banyak benda yang harus dibuat seperti bayar sewa rumah, insurans kereta, duit makan, duit tol, dan macam-macam lagi. Setiap kali melihat baki akaun bank, setiap kali itulah asyik mengeluh kan? Jangan kata bila dah bekerja dan ada kerjaya barulah start menabung, hakikatnya amalan menabung ini harus dididik dari kecil lagi sebenarnya.

Apa kata kali ini, engkorang cuba "5 TIPS BAJET TABUNG WANG KECEMASAN | MENABUNG SECARA BIJAK!". Mana tahu, sedikit sebanyak dapatlah kita sama-sama menyimpan wang untuk saat kecemasan pada masa akan datang.

1) Menabung
Walaupun agak lapuk cara ini, tapi pada aku dah praktikkannya. Sememangnya menjadi untuk menyimpan wang saku di saat kecemasan. Caranya cukup mudah, hanya tetapkan amaun yang ingin engkorang simpan setiap hari. Contohnya mahu tetapkan hanya menyimpan RM1 setiap hari, jadi engkorang perlu disiplinkan diri untuk meletakkan jumlah itu dalam tabung berkenaaan. Pastikan engkorang, tak usik pun duit dalam tabung tersebut. Bak kata orang, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Tak gitu? Mana tahu, ada rezeki lebih nanti, satu hari boleh simpan RM5 pula. Sebulan dah tentu-tentu ada RM150. Seronok tak?

Seelok-eloknya, mak ayahlah harus bijak mendidik anak-anak yang paling kecik ini menabung. "Kalau dulu, mak ayah tak merasa bermain gadget lalu mereka fikir biarlah anak-anak di usia yang muda bermain gadget", rasanya ungkapan tidak relevan diwaktu sekarang ini. 

2) Dahulukan mana yang penting
Setiap bulan apabila wang gaji engkorang masuk sahaja ke dalam akaun bank, pastikan engkorang settlekan segala bil-bil yang wajib dibayar terlebih dahulu. Dah settle, barulah lihat baki akaun bank dan dari situ engkorang boleh buat bajet. Mungkin ada sedikit lebihan untuk engkorang berbelanja membeli barang disukai.

Sebagai student yang ditaja tak kiralah mara, atau elaun tajaan lain-lain, kalau kita berbelanja secara tidak berkhemas, jawabnya tengah bulan engkorang dah terkontang-kanting. Kadang-kadang manggi pun payah nak beli. Alhamdulillah, buat masa ini keperluan diri aku masih dalam kawalan. 

3) Akaun bank yang berlainan
Untuk lebih selamat, buatkan satu akaun bank yang berlainan. Misalnya, untuk pergi bercuti, tetapkan satu akaun bank sahaja. Manakala untuk membeli-belah, tetapkan satu akaun untuknya. Kemudian letakkan amaun di dalam akaun bank itu. Contohnya,untuk bercuti engkorang menyimpan sebanyak RM150 sebulan manakala untuk membeli belah pula, engkorang tetapkan RM300 sebulan. Dengan cara ini, engkorang dapat mengelakkan belanja berlebihan. Mungkin satu hari nanti aku akan gunakan cara ini pula! Tips akaun bank berlainan ini aku petik dari majalah dara itu.

Kalau diikutkan sebagai students, eloklah ada sekurang-kurangnya 2 bank. Kalau dah bekerja eloklah banyak bank, kalau simpanannya menggunung takpelah juga. Tapi memandangkan tengah musim elnino ini sudah tentu bank engkorang juga menyusut. Jadi, pandai-pandailah menguruskan kewangan. Kalau pandai mengurus, tidak mustahil dapat melancong ke sana ke mari.

4) Jangan biasakan diri gunakan kredit kad
Bagi mereka yang ingin menyimpan duit, jangan sesekali membiasakan diri menggunakan kredit kad. Hal ini kerana, engkorang akan belanja secara berlebihan apabila menggunakan kredit kad. Oleh itu, sentiasa gunakan tunai apabila membuat pembayaran.

5) Rancang perbelanjaan setiap bulan
Dulu aku rajinlah catit dalam buku 555 berapa bajet aku setiap hari dalam sebulan. Sekejap jerlah menjadi, lepas tu malas dah nak catit. Hangat-hangat tahi ayam gitu. Awal-awal je semangat, malas tu tetap menebal dalam diri. Jadi kali ini, kena praktikkan semula.

Dimana, engkorang haruslah merancang perbelanjaan engkorang setiap bulan. Contohnya, berapa bajet engkorang setiap hari ataupun minggu? Melalui cara ini, engkorang dapat lihat ke mana duit engkorang dibelanjakan serta dapat mengenal pasti apa yang penting dan apa yang kurang penting. Selain itu, sekiranya engkorang harus pulang ke kampung, apa pula bajet engkorang? Jangan berbelanja sesuka hati, kelak nanti engkorang yang gigit jari.

p/s: Jom sama-sama kita menabung!

6 comments:

  1. amalan menabung mmg boleh jd wang kecemasan. duit tu kalau boleh jangan simpan 1 tempat.

    ReplyDelete
  2. setiap sem saya kumpul wang syiling dan untuk sem ni saya berjaya kumpul RM65 wang syiling. Hoping that the amount will increase in the next sem =)

    ReplyDelete
  3. Rasa macam nak try la tips ni, sebab syima memang tak pandai nak menyimpan

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!