*Entry ini terpanjang pula tetiba, hope bertambah untuk membaca!
Semua orang mempunyai gigi, tapi tak semuanya bernasib baik untuk mengekalkannya sehingga ke usia menjangkau warga emas.
Kalau dulu-dulu, mak ayah mana heran sangat bab penjagaan gigi. Kalau anak nak masuk sekolah barulah dikenalkannya dengan ubat dan juga berus gigi. Jadi, tak heranlah waktu zaman aku sekolah ramai jugalah kawan-kawan aku giginya rongak, ada tu hitam, dah tumbuh gigi kekal terselit pula gigi taring, kadang-kadang siap berlapis lagi giginya.
Kalau sebut doktor gigi, bukan semua orang mempunyai keberanian untuk pergi, kadang-kadang mereka sanggup tahan sakit gigi di rumah. Banyak-banyak penyakit, sakit gigilah yang paling teruk sampai tak boleh tidur malam. Waktu dulu zaman 80an dan 90an kebanyakan orang yang dah mencecah 30 tahun ada yang dah memakai gigi palsu.
Sekarang zaman dah maju, akhir tahun 1990an telah diperkenalkan pelbagai teknologi baru untuk mencantikkan gigi, seperti implan gigi termasuklah rawatan ortodontik (pendakap gigi). Kalau nak tahu, implan gigi ini bermaksud penggantian akar gigi tiruan dan ia dirintis oleh Prof Per-Ingvar Branemark dari Swedan manakala rawatan ortodontik merupakan rawatan untuk membetulkan susunan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak teratur.
Oleh kerana, dah macam-macam teknologi diperkenalkan untuk mencantikkan gigi, jadi aku mengambil inisiatif untuk memperbetulkan susunan gigi aku yang tunggang terbalik ini di klinik pak saudara aku. Dan sekarang genaplah 6 bulan aku memakai pendakap gigi.
Sungguhpun pada awalnya, aku juga rasa cuaklah memandangkan ramai yang kata sakit. Bak kata doktor merangkap pak cik aku tu dia kata kalau nak cantik mestilah rasa sakit dulu. Semuanya sakit, yang paling parah koceklah sakit betul dari berat sehingga dah nipis. Dulu aku tertanya-tanya juga macam manalah proses pendakap gigi ini dijalankan, aku terbayangkanlah dalam mulut aku ini kena jahit dengan besi. Rupa-rupanya itu semua halusinasi sahaja.
Proses membuat rawatan ortodontik (pendakap gigi);
1) First appointment: Doktor akan checkup keadaan gigi kita, berapa batang gigi nak kena cabut. Mana-mana klinik gigi, mesti akan kena buat pemeriksaan terlebih dahulu. Kemudian, doktor akan masukkan mold ke dalam mulut kita untuk mendapatkan acuan gigi sebelum memakai braces. Kemudian, aku ke klinik pergigian satu lagi untuk membuat X-ray gigi.
2) Second appointment: Pasang getah bagi mendapatkan space untuk memasukan besi. (Pemasangannya tak sakit mana, cuma rasa tak selesa bila nak makan)
3) Third appointment: Pakai pendakap gigi (warna hijau pilihan pertama untuk braces aku). Pemasangannya mengambil masa jugalah dalam 30 minit lebih kurang. (tak sakit, tapi bila dah balik rumah barulah terasa, nak tidur pun air mata ini meleleh sahaja tahan sakit). Dalam hati, nak gigi cantik punya pasal tahankan jerlah.
4) Appointment seterusnya: Barulah aku berkesempatan satu batang gigi. Alhamdulillah, aku hanya perlu cabut sebatang sahaja disebabkan gigi lain takde bikin masalah.
Inilah rupa gigi aku sebelum memakai pendakap gigi, ngeri jugalah rupanya. Doktor kata gigi atas aku je yang banyak problem, gigi bawah tak berapa teruk sangat. Aku ada perasan juga bila aku belek gigi depan cermin, kalau pergi mana-mana klinik gigi pun dia syorkan aku pergi pasang braces. Aku menyegih sahajalah, memandangkan takde duit waktu itu. Kalau tanya member-member yang pakai braces hampir RM3,000 dan ke atas untuk membuat rawatan ortodontik ini. Waktu itu, aku hanya mampu beranganlah akan pakai braces bila dah kerja nanti.
Nak dijadikan cerita, raya tahun lepas aku berkesempatan beraya di rumah pakcik saudara yang merangkap doktor gigi inilah, dia cakap kalau nak buat dengan dia datanglah klinik (harga saudara dia bagi). Balik tu, aku fikirlah lagi nak pergi buat ke tak. Tambah-tambah, aunt aku volunteer hantar pergi dan balik ke klinik. Dah alang-alang orang sukarela nak hantar, teruslah aku pergi buat.
Inilah rupa gigi aku lepas pakai braces. Serius aku cakap, masa mula-mula pakai aku rasa diri aku seorang jonggang. Balik dari klinik terus pergi beli bubur nasi, doktor nasihatkan jangan makan keropok, ayam, daging, pendek kata jangan makan benda keras. Seelok-eloknya makan benda yang lembut seperti roti. First week, aku pakai ini tidur berendamkan air mata sebab sakit rasa macam gigi nak luruh pun ada. Tapi keesokkan harinya, aku masuk bilik air tengok muka depan cermin, alhamdulillah gigi aku ada lagi. hehehe...
Disebabkan bulan 11, 12, dan 1 aku tak sempat nak selfie tayang gigi aku terus loncat bulan 2. Ini gambar gigi bulan 2 tahun ini, dimana aku nampak perubahan gigi belah bawah dah tersusun sama rata. Tinggal belah atas belum rapat lagi. Excited tengok gigi sendiri depan cermin sambil tersenyum sensorang. I'm not crazy girl!
Selfie tayang gigi untuk bulan ini, aku baru tukar getah belah atas menggunakan power chain, manakala belah bawah pakai donut. Insyallah, kalau tiada halangan hujung tahun ini aku dah boleh bukak pendakap gigi.
Tentang kos rawatan ortodontik sungguhpun aku buat dengan pak saudara tak semestinya aku dapat murah atau mahal. Semuanya bergantung pada gigi kita sendiri, kalau banyak problem memanglah mahal, kalau sikit problemnya kuranglah kos rawatannya. Tapi kalau diikutkan, kos rawatan gigi memang mahal jika nak dibandingkan dengan rawatan lain. Cuci gigi pun dah cecah RM100, inikan pula nak cabut dan tampal gigi.
Jadi aku nak nasihatkan, kalau nak gigi cantik dari kecik seawal usia baby lagi haruslah diasuh untuk mengelap gusi baby. Mak ayah kalau boleh, rajin-rajinlah hantar anak ke klinik gigi enam bulan sekali. Kalau rasa gigi nak tercabut, better terus pergi klinik jangan duk gatal cabut sendiri. Sebab, benda-benda macam inilah punca gigi kita berterabur.
p/s: Insyallah kalau ada masa lapang lagi, aku akan update pasal kondisi gigi sampailah aku bukak nanti. Sekarang dah boleh senyum sampai ke telinga bila gigi dah teratur. =)
Thanks you for reading!
I've always wonder how you guys brush your teeth!!!
ReplyDeletehahaha..Sama jerlah Nad! Cuma ada berus khas.. ;)
DeleteSaya pun banyak share pasal braces kat blog sebagai kenangan kot kot nanti boleh baca supaya tak lupa diri dulu gigi tak lawo. Hehehe.. Rindu braces! :'(
ReplyDeleteBaru merasa jadi golongan pendakap gigi ;)
DeleteMesti dlm tempoh seminggu tu rasa sangat tak selesa kan
ReplyDeleteOff course, bukan setakat xselesa, rasa nak menangis pun ada. Sakitt!! hahah
DeleteNoted, sis baru sedar, nak hantar anak sis abang Qaiser ilman baru umur 3 tahun lebih tu cek gigi sama kt klinik...TQ tau
ReplyDeleteEloklah dari awak bawa anak-anak check up gigi, ada pemantauan sikit. Kalau xpergi tu yang boleh jadi gigi xbersusun. ;(
DeleteSeriously gigi azwa yang before bagi saya cantik dah. Cuma tak berapa tersusun, tapi still cantik. Suka gigi taring awak dekat situ. Nampak cute. IKHLAS PUJI ni. Hehe !
ReplyDeletehehehe..Tapi kita pula rasa macam xcantik gigi terkeluar-keluar. huarghhh
DeleteSalam singgah dari http://leeyanazulkifli.blogspot.my ,
ReplyDeleteNak jugak pakai braces ! Tapi kena tunggu kerja dulu lah baru boleh pakai kot. Huhu :D gigi taring Azwa comel je Fatin tengok ;)
Tq! Azwar doakan awak dapat pakai braces satu hari nanti.. ;)
DeleteKena kerap berus gigi setiap kali makan, kalau ikut sayalah. Klinik ada bagi berus khas untuk berus gigi. (soft teeth)
ReplyDeleteTak jeles dehhh.. Gigi PG dah lawa ;)
ReplyDelete