Kawan aku dah kawin! - Azwar Syuhada

Friday, 19 February 2016

Kawan aku dah kawin!

Salam to all readers,

Sekarang tengah trend kawin muda kan? Semua nak kawin. Kalau jumpa kawan-kawan pun sibuk sembang pasal kawin..kawin..dan kawin..Pada mereka yang mendirikan rumahtangga itu mestilah seronok. Aku pun kadang-kadang terfikir juga macam manalah diorang buat persiapan majlis perkahwinan. Umur pula muda bila masa nak kumpul duit. Kalau perempuan aku tak heran sangat, tentulah mak bapak taja tapi kalau lelaki macam mana pula tu. Aku yang belajar kat kota ni pun rasa semput memikirkan kewangan, mana nak mengisi perutnya lagi. Itu pun kalau aku pandai memasak. 

Diam tak diam, dah ramai member aku yang kawin rupanya ada yang dah beranak pinak pun ada. Time aku sibuk terkocoh-kocoh nak ke kelas, mereka mesti sibuk menyiapkan sarapan buat si suami, time aku sibuk study nak final exam, mereka mesti sibuk mengasuh anak-anaknya. Apa-apapun itu semua rezeki masing-masing dapat kawin awal. hahaha..

Waktu aku cuti sem haritu, sempatlah aku attend kenduri kawin member zaman sekolah rendah dan member peringkat menengah. Masing-masing dah ketemu jodoh dengan pilihan hati. Maaf sesangat, pada kawan-kawan sebelum ini yang kawin aku tak pergi. Umur dah mengijak ke angka 20-an ini kenalah rajin-rajin attend kenduri kawin orang, nanti kita kawin takde siapa pula nak datang.

Tahniah Alya Afiqah (yang bertudung coklat, baju hijau turqouise) nampak seri pengantinnya di situ. Dalam gambar, ada seorang dah jadi bini orang, seorang lagi bakal pengantin, yang selebih lagi masih bujang trangtanggg.. Aku pergi rumah dia ni waktu malam, memandangkan esokknya, aku attend kenduri kawin seorang lagi member. Cepat betul masa berlalu tau tak, rasanya baru semalam kiteorang buat study group masa form 6. Tup-tup nak kawin da! Haishh!!

Inilah seorang lagi sahabat aku yang kawin, Adila binti Mat Amin. Dia ini budak paling hot jugalah zaman sekolah rendah sampailah peringkat menengah. Banyak yang admire dekat dia zaman sekolah, mesti pengkhabaran dia kawin buat semua yang admire dekat dia frust.


Majlis kenduri kawin Alya ini, sekali lagi menyatukan sebahagian daripada 6bk2/6ak2 kembali. Masing-masing ada yang menyambung pelajaran di universiti Malaya, UPSI, dan ada juga yang telah berkerja. Seronok jumpa mereka kembali, walaupun aku takde pun borak sakan dengan dorang. Dari kanan: Adli, Syafiqah, Alya, Afie, Hanum, Aliya, aku, Adam, Hadi, Haziq, Sharizal, dan juga Haris.

 Agak-agak lepas ini giliran siapa pula ya? Aku doakan semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Mana yang tengah belajar tu, belajar elok-elok. Yang penting saat mengenggam segulung ijazah nanti. Tak sabar rasanya! Apa-apa pun, tahniah buat mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Semoga perkahwinan engkorang semua berkekalan hingga ke anak cucu!

Thanks you for reading!

8 comments:

  1. ada juga kawan Hana yang sebaya dah kahwin, yg ada anak sorang pun ada haha rasa cam whattt tak nak kahwin lagi hehe

    ReplyDelete
  2. hahahhaa, kan.
    umur macam huda ni lagilah, member - member ramai dah tamatkan zaman bujang. tulah kita je masing masing sibuk belajar, haha. takpelah nanti kalau jodoh dah sampai nanti, turn kita pula, kihkihkih :P

    ReplyDelete
  3. Allhamdulilillah... selmat pengantin baru pd mempelai... smg kekal till jannah

    ReplyDelete
  4. seronok dpt mkn nasi minyak ni.. semoga kekal hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  5. wah wah wah lawa pengantin hihi
    and ye kak T_T cane la diorang buat persiapan apa semua tu kan huhuhuhu qila pun semput ni hahahaha
    anyway! congrats to ur friends kak azwar <33333

    ReplyDelete
  6. Tahniah untuk kawannya. Kawan saya pun dah ramai juga yang dah kahwin :)

    ReplyDelete
  7. Jom join GA saya:
    http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!