Selamat tahun baru, harini baru aku berkesempatan ucapkan pada semua! Tahun baru, semua orang ada niat azam baru, handphone baru, pakaian baru, gaya baru, kalau boleh serba serbi nak benda baru. Barulah ada gaya katakan. As a student, terutamanya student perempuan seperti aku benda yang paling dia asyik pikirkan adalah pakaian. Esok petang ada kelas, malam dah fikir nak pakai baju apa ya esok? Bagi aku, aku tidaklah kesah sangat tentang pakaian, asalkan sesuai dengan diri aku dan selesa bergerak ke sana ke mari. Tambahan pula, sekarang ini tengah musim alnino jadi kenalah cari pakaian yang lebih selesa dengan keadaan cuaca negara kita.
Waktu ini aku tengah cuti sem, ada juga aku terfikir untuk menukar gaya masuk tahun 2 ini. Aku tergerak hati nak memakai jubah dan blouse-blouse labuh yang lebih feminin, sejak aku tengok mak aku menggayakan jubah yang dibelinya dari Vietnam. Tapi mak aku punya style corak orang berumur. Jadi, baru-baru ini aku ada jumpa satu website yang menarik hati dan menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah. Kalau anda melihat, sudah pasti anda jatuh hati juga!
Website yang aku maksudkan itu adalah "NORIE SIGNATURE". Norie Signature menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang anggun dan sopan bermula dari saiz S hingga XL. Koleksi Norie Signature terdiri daripada blouse muslimah, tunik, jubah muslimah, t-shirt muslimah, skirt labuh dan banyak lagi. Norie Signature turut membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan juga luar negara seperti Singapura, Brunei, Australia dan lain-lain. Jadi tak perlulah risau, untuk mendapatkan koleksi Norie Signature.
Dalam banyak-banyak koleksi Norie Signature, aku sangat-sangat berkenan dengan blouse dan juga Wardah Jubah. Semuanya cantik-cantik, sampai rambang mata untuk memilih. Norie Signature mengeluarkan dua jenis blouse cantik iaitu blouse Helena dan juga Nelly. Kedua-dua jenis blouse ini cantik-cantik belaka dan harganya mampu dimiliki.
Antara pilihan warna yang ada buat blouse cantik Helena!
Ini antara koleksi blouse cantik Helena. Cantik kan? Ianya amat sesuai digayakan untuk menghadiri kuliah, event, kenduri dan yang paling penting menutup aurat. Warna pun cantik-cantik belaka, kalau boleh semua jenis warna blouse cantik Helena ini kena ada dalam almari aku. Kalau semua jenis warna ada, tak perlulah risau lagi harini nak pakai baju warna apa kerana semua warna Helena Blouse dah ada dalam almari. Anda boleh mendapatkan Helena Blouse ini hanya serendah RM99.00 sahaja!
Satu lagi blouse cantik yang terdapat di Norie Signature adalah Nelly Blouse. Dengan material Dull Satin & Tweed dan blouse cantik ini juga ada keistimewaannya tersendiri iaitu labuh menutup punggung, preggy mom pun boleh menggayakan, pilihan warna yang menarik dan yang paling penting dapat menutup lemak yang berlebihatan. Antara koleksi warna yang ada adalah seperti Dusty Pink, cream, maroon, mustard, teal green dan juga royal blue. Hanya serendah RM60.00 sahaja anda boleh mendapatkan blouse cantik Nelly ini.
Seterusnya, koleksi Wardah Jubah. Sekali pandang, terus jatuh cinta nak beli. Tampil simple dan sederhana dengan jubah wardah edisi 2016. Wardah Jubah ini diperbuat daripada material heavy dull satin dan perincian lace-lace kecil yang tidak keterlaluan. Sangat sesuai dipakai ke pejabat ke sekolah mahupun ke mana-mana acara formal dan tidak formal. Yang pasti harganya sangat murah, hanya serendah RM159.00 sahaja! Jadi sekiranya ada tercari-cari jubah murah dan lebih feminin, Norie Signature pilihan terbaik. Boleh dikatakan semua koleksinya cantik-cantik dan murah-murah serta berkualiti. Apa kata orang, biar murah asalkan berkuliti! Tak perlu risau untuk membeli koleksi blouse murah, tudung cantik, jubah cantik di Norie Signature kerana ia turut menyediakan tips pembelian dan sekaligus menjamin setiap item yang dikeluarkan dibawah jenama NORIE SIGNATURE memiliki kualiti yang tertinggi dalam design dan material. Ini kerana kepuasan pelanggan merupakan keutamaan Norie Signature.
Bagi yang tiada masa keluar rumah bershopping ataupun di luar tiada banyak pilihan busana muslimah, anda boleh melewati website Norie Signature kerana ia menawarkan pelbagai jenis pilihan dan warna busana muslimah. Bukan akak-akak sahaja boleh melawat/membeli di Norie Signature, abang-abang pun boleh tengok dan membeli busana muslimah seperti jubah cantik dan blouse murah buat yang tersayang.
So, korang berminat tak? Kalau berminat boleh terus terjah website bawah ini. Yeahhh, jom sama-sama bergaya dengan koleksi Norie Signature!
http://www.noriesignature.my/
Thanks you for reading!
lelawaa ah semuaaaaaaaa
ReplyDeletecantik!!!
ReplyDeletepemilihan warna pun cantik
cantik aishhhhh
ReplyDeleteSerius cantik <3 Love it.. but owh well.. takde duit lah hai nak beli :3
ReplyDeletemahal bagi seorang student yg sememang-memangnya duit more kepada food XD ahahahha
Lawa sangat..blouse tuu
ReplyDeletecantik..")
ReplyDeletesuka blouse labuh tu ;)
ReplyDeletejangan goda.. jangan goda.. warghhh.. lawooo
ReplyDeletememang lawaaa...berkenan kt blouse helena...
ReplyDeleteCantik & jubah memang best sebab senang nak pakai, sarung je...
ReplyDeleteCantik & jubah memang best sebab senang nak pakai, sarung je...
ReplyDeletewarna cantik dan lembut, memang sesuai!
ReplyDelete