Dream Trip to Macau - Azwar Syuhada

Friday, 24 October 2014

Dream Trip to Macau

Salam to all readers,


| Dream Trip to Macau | Selepas join contest ke Busan yang tak pasti lagi tiket penerbangannya, aku dah usha pula untuk pergi ke Macau. Biarlah orang nak kata aku ini syok sendiri pun tak mengapa. Tapi korang masih setia membaca blog aku kan? Bak kata orang tua-tua, tuah di mulut, celaka juga di mulut. Mana tahu, entah-entah betul rezeki aku dapat pergi ke Macau pula. Syukur Alhamdulillah.

Macau? Macau merupakan sebuah kota dengan dua wajah. Satu wajah membentangkan benteng-benteng, gereja dan hidangan khas Portugis tampil dengan gaya unik Mediterania di pesisir laut Cina. Sebelah wajah lagi, Macau adalah  "Las Vegas" dari Timur. Macau terletak di tebing Barat Pearl River Delta di Selatan wilayah Guangdong, China. Ia juga berdekatan dengan bandar Tanah Besar Zhuhai dan terletak kira-kira 60 kilometer di sebelah Barat Hong Kong. Macam terdiri Semenanjung Macau, Pulau Taipa, dan Coloane. Serba sedikit mengenai Macau.

Antara sebab kenapa Azwar teringin sangat nak ke Macau adalah;

1) Mengunjungi Warisan Dunia Macau

Kalau Azwar diberi peluang ke Macau, Azwar teringin sangat untuk mengunjungi setiap tempat warisan dunia Macau. Macau ialah negara yang tidak asing lagi dengan sumber sejarah. Terdapat lebih 20 monumen lama dan dataran bandar terjalin di tengah-tengah bandar, daerah bersejarah secara kolektif yang dikenali sebagai "Pusat Sejarah Macau" dan tercatat di dalam Senarai Warisan Dunia pada tahun 2005. Salah satu warisan dunia Macau yang Azwar teringin sangat nak kunjungi adalah Dataran Lilau.

google

Dataran Lilau merupakan suatu penempatan awal kaum Portugis di Macau. Air bawah tanah Lilau pernah menjadi sumber utama air semulajadi di Macau. Ungkapan paling popular orang Portugis "Seseorang yang meminum air Lilau tidak akan melupakan Macau" diluahkan kepada penduduk tempatan lampiran nostalgia Lilau Square. Menarik kan bunyinya? Inilah salah satu tempat yang Azwar nak sangat pergi di Macau disebabkan kawasannya nampak unik dan sejarah nostalgianya juga menarik minat Azwar.

google

Macau Fisherman's Wharf juga merupakan destinasi yang Azwar ingin pergi di Macau disebabkan tempat ini mempunyai seni bina yang unik dan tersendiri. Untuk pengetahuan engkorang semua, Macau Fisherman's Wharf ini merupakan kompleks yang bertemakan hiburan yang berskala besar dan pertama di Macau. Menarik kan? Ia berada di tengah-tengah di bahagian Outer Harbour, dan bukan sahaja merupakan taman bertema, malahan menyediakan kemudahan makan & minum, pusat membeli-belah, penginapan, persidangan dan juga pameran. Tak dapat kubayangkan besar mana Macau Fisherman's Wharf, nak tahu besar mana pihak Nuffnang haruslah bawaku pergi. Alangkah bahagianya hidup, duduk bersantai-santai dalam Macau Fisherman's Wharf ini kan?

google

Antara tempat lain yang menarik perhatian Azwar adalah Muzium Grand Prix. Azwar teringin juga nak jejakkan kaki ke Muzium Grand Prix, Macau ini yang mula dibuka pada tahun 1993 bagi meraikan ulang tahun ke-40 Grand Prix Macau dan di dalam Muzium ini mempunyai pelbagai jenis kereta dan motosikal antarabangsa dan mengambil tempat setiap tahun pada bulan November. Ia bermula pada tahun 1954, disebabkan oleh semangat sekumpulan penduduk Macau dan sokongan pihak berkuasa. Hari ini ia adalah salah satu acara sukan antarabangsa yang menarik ribuan pelancong dan peminat perlumbaan ke Macau untuk menonton "Guia Race" dan "Formula Grand Prix" yang klasik. Tak dapat naik, dapat melihat depan mata sendiri pun best juga!

2) Bungee Jumping Off the Macau Tower

Google

Selain mengunjungi warisan dunia Macau, Azwar juga teringin nak naik Menara Macau. Menara Macau yang cukup terkenal dengan aktiviti lagak ngeri, yang pernah suatu ketika ahli-ahli "Running Man" membuat cabaran di sini. Yang pasti Song Ji Hyo paling berani membuat terjunan dari atas Menara Macau. Menara Macau mula dibuka pada 19 Disember 2001. Macau Tower mempunyai ketinggian 338 meter. Tinggi kan? Ia bukan sahaja binaan yang tersergam indah malahan menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah  hampir seluruh Macau dan menara ini juga boleh berpusing di datar 223 meter. Pemandangan waktu malam paling cantik!

google

Salah satu aktiviti yang kita tidak boleh lepaskan bila berada di Menara Macau haruslah mencuba main Bungee Jump. Azwar teringin nak naik Bungee Jump di Macau disebabkan aktivitinya sangat mencabar dan apabila terjun rasa semua masalah dan selesai. Sekiranya dapat main Bungee Jump ini, dapatlah mencipta rekod pada diri sendiri. Selain Bungee Jump, kita juga berpeluang untuk berjalan-jalan di bahagian luar menara ini, umpama "Skywalk". Kalau tak dapat main Bungee Jump, "Skywalk" pun jadilah kan?

3) The House of Dancing Water

google

Lagi satu tempat yang menarik minat Azwar untuk pergi ke Macau adalah The House of Dancing Water. Gila kau kalau tak pergi, bak kata Azwan Ali. The House of Dancing Water dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, sebanyak USD250 juta dikeluarkan untuk "The House of Dancing Water", ianya mempersembahkan pertunjukan yang menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas. Dengan menyaksikan pertunjukan seperti ini dapatlah aku menghilangkan stress dan dapat menenangkan fikiran. Seandainya diberi peluang untuk ke sini, Azwar tidak akan sekali-kali melepaskan peluang untuk merakam pertunjukkan mereka untuk dijadikan kenangan. Bukan senang nak tengok pertunjukkan sebegini kan?

____________
Jadi inilah tiga sebab kenapa Azwar nak sangat ke Macau dan yang pastinya engkorang juga teringin nak pergi ke Macau juga kan? Jangan tipulah, kalau nak katakan nak! Senadainya diberi peluang untuk pergi ke Macau yang seratus peratus ditaja, pergilah. Peluang hanya datang sekali. Sekali ditolak belum tentu akan datang kita dapat lagi peluangnya.
______________

Dan yang pastinya Azwar join contest ini disebabkan Nuffnang yang menganjurkannya, itu pasal laju sahaja tangan ini gatal nak join. Tau-tau sahajalah siapa yang join event Nuffnang pasti ditaja semuanya, siapa yang taknak kan? Dan Kenapa pihak Nuffnang Malaysia mesti hantar aku untuk peluang awesome ini adalah kerana aku tak pernah berjalan ke luar negara dan yang pasti pihak Nuffnang Malaysia haruslah bersimpati dengan situasi daku yang tak pernah pergi bercuti. Selain itu, disebabkan aku terlebih pandai berkomunikasi dalam bahasa Cina. Padahal dua tiga patah perkataan sahaja aku tahu. Jadi, rugilah kalau pihak Nuffnang Malaysia tidak memilih daku untuk join "Dream Trip to Macau". Malahan, aku juga orang yang rajin support Nuffnang dengan menghantar ticket untuk mendapatkan CPUV, jadi tak salah kalau Nuffnang Malaysia membawa daku pergi bersiar-siar di kota Macau bukan? Bahkan, sepanjang berblog aku rasa sangat gembira dengan kewujudan Nuffnang yang memberi peluang begitu menyeronokkan dengan adanya sedikit duit poket. Jadi, Azwar berharap sangat pihak Nuffnang Malaysia memilih Azwar untuk join "Dream Trip to Macau". Seandainya ada peluang Azwar pergi, dapatlah merealisasikan impian aku yang ingin mengelilingi kota Macau. Sayang Nuffnang ketat-ketat seandainya terpilih, kalau tak sayang longgar-longgarlah jawabnya. hahahaha... ^_^

Entri ini ditaip untuk cabaran "Dream Trip to Macau" yang dianjurkan oleh pihak Macau Government Tourist Office (MGTO) dan Nuffnang Malaysia.

p/s: Moga hajat nak bercuti keliling dunia tertunailah suatu hari nanti. Jutaan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana menganjurkan contest seperti ini.

Kredit: Google, Macau Tourist, Melastik Bintang.

26 comments:

  1. All the best sis..
    Akak pun gatal2 tangan join juga..:)
    Entrymu lagi power dr akak punya hehehe

    ReplyDelete
  2. wah. hana nak jenjalan. tapi xsempat lg nak tgok ticket. huuu.. harap azwar dapat pergi sane okieh

    ReplyDelete
  3. bestnya..gya penulisan yg buat timm nk g sana..gud luck tau!

    ReplyDelete
  4. memang terbaik lah macau...

    ReplyDelete
  5. wah bestnya entry ni.. kalu menang jangan lupa beli key chain banyak-banyak

    ReplyDelete
  6. semoga akak dapat pergi travel dunia :) haha

    ReplyDelete
  7. Wah, banyak tempat menarik di Macau yer. Moga Azwar berjaya yer :)

    ReplyDelete
  8. All the best. Ingat nak join contest ni juga nanti :D

    ReplyDelete
  9. Best jugak ye Macau ni..

    www.cintavitamin.com

    ReplyDelete
  10. kita nak sangat try bungee jumping.. tapi takut tinggi.
    ade geng yg betul2 berani rasanya boleh join. hahaha

    ReplyDelete
  11. tengok gambar gambar di sini buat uncle zuan teruja nak turut serta. all the best :D

    ReplyDelete
  12. Macau syurga dunia katenye..selain banyak tempat menarik di sana juga tempat berjudi utama di dunia...

    ReplyDelete
  13. Bestnyer..i want to try bungee jumping!

    ReplyDelete
  14. Good luck!! Btw kami ada post mengenai trip 8 hari di Melbourne & Tasmania . Kalau ada masa jemputlah baca di www.thetravelling3o.com

    Terima kasih & all the best!!!

    ReplyDelete
  15. bestnyeeee.. good info utk orang yg suka melancong hhehe.. goodluck.. wish your dreams come true!! :D

    http://kyralovelious.blogspot.com/2014/10/selesai-sudehh-kuliahhhhh.html

    ReplyDelete
  16. All the best...
    Heee syokkk klu dpt g ni

    ReplyDelete
  17. Niceee....good luck!
    Www.memyselfandmelvin.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. Hope you're one of the lucky winner. Good luck!
    http://chengywong.blogspot.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!