Bila Menantu Jadi Puan, Mak Mertua Pula Jadi Bibik - Azwar Syuhada

Tuesday, 7 October 2014

Bila Menantu Jadi Puan, Mak Mertua Pula Jadi Bibik


Salam to all readers,

Kebiasaannya, bagi orang berusia pasti rajin membaca surat khabar dari muka surat pertama hinggalah muka surat terakhir termasuklah sketsa kartun. Itu aku tengok dari zaman tok moyang aku adalah. Aku pula orang yang terlebih rajin nak membaca paper, setakat baca tajuk dan menyelak helaian surat khabar sahaja itulah kebiasaannya. Entah macam mana, semalam aku tertarik dengan satu artikel di surat khabar yang bertajuk "MENANTU ZAMAN SEKARANG".

Melihat tajuk pada surat khabar itu, aku terkenang zaman aku kecik-kecik dulu. Disebabkan aku dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki (adik beradik mak) jadi automatik banyaklah mak saudara a.k.a ipar duai mak aku. Sewaktu pakcik-pakcik aku ini berkahwin, tok dan nenek aku masih ada lagi pada waktu itu. Mereka juga tinggal berdekatan dengan rumah tok dan nenek. Hanya satu dua orang pakcik yang duduk jauh tapi masih dalam kawasan Selangor. Bila tiba hujung minggu pasti berkumpul di rumah atok dan nenek. Aku pun memang dari kecik tinggal dengan atok dan nenek. Tambah bila, nenek dan atok tiada, secara automatik rumah ini jadi rumah warisan keluarga kami. Bila sudah berkumpul beramai-ramai, pelbagai ragam kita boleh lihat. Sama ada "MALAS" ataupun "RAJIN" terserlahlah bila berkumpul beramai-ramai. 


Kalau diikutkan apa yang ditulis oleh penulis itu memang sudah ada kebenarannya. Kerana rata-rata kaum wanita zaman sekarang sudah bekerjaya tambah-tambah pendapatan mereka lebih banyak daripada pendapatan si suami. Kalau di rumah sendiri, si isteri nak kulikan suami pun tak mengapa. Tapi, apabila balik rumah mak mertua janganlah kita mengulikan suami sepertimana kita buat dirumah sendiri. Kekadang kita terlupa apa pandangan adik beradik si suami, mak mertua, dan orang sekeliling. Cewahhh,..bajet macam dah berkeluarga. Coretan ini bukanlah apa. Inilah padahnya duduk dengan orang tua, kebanyakan yang berkunjung ke rumah dah tentulah kawan-kawan nenek yang dah tua-tua. Bila mereka datang, pasti ada sahaja cerita tentang ketidakpuas hati pada menantu masing-masing.

Tambah-tambah, sekarang zaman gadget. Baik budak mahupun atok budak, masing-masing ada gadget sendiri. Kekadang, bila keluar makan bersama keluarga sambil menunggu hidangan sampai masing-masing sibuk dengan gadgetnya.

 Aku terkenang pula, waktu aku keluar makan dengan arwah atok dan nenek kiteorang rajin berbual-bual. Dalam pada berbual-bual, mereka rajin juga menasihati. Tapi sekarang, kalau keluar makan rasa sepi sangat padahal keluar beramai-ramai. Disebabkan asyik melayan telefon, nak nampakkan kemesraan keluarga mereka selfielah dulu. Tak gitu? Mungkin zaman sekarang, keluarga menyerlahkan keakraban melalui gadget mahupun laman sosial. Sungguh berbeza? Mungkin hal inilah, boleh menjadi punca anak dan mak ayah tiada kemesraan.

____________
Kesimpulannya, seperti apa yang dikatakan oleh penulis tersebut belajar-belajarlah tolong mak mertua di dapur, bukannya jadi PUAN duduk di bilik menggodek gadget. Dan mak mertua zaman sekarang ini pun bukannya boleh dijadikan bibik di rumah mereka sendiri. Jadi, jadilah seorang menantu yang boleh disayangi oleh mak mertua.
_____________

15 comments:

  1. Berani menantu nak buat gitu ke mak mertua.. mak kita garang tauu... hahaha... tp sedih jugak kalau tengok perangai menantu yang bila balik kampung jarang2 sekali nak bertegur sapa dengan mak mertua pun tidak... huh!

    ReplyDelete
  2. Ish3.. Menantu zaman sekarang..

    ReplyDelete
  3. Hmm...tetiba takut nak jadi menantu nanti. Lol

    ReplyDelete
  4. lain menantu, lain perangainya. Tapi mertua kita memang tak bagi kita buat apa2, siap berebut la batang penyapu ngan beliau hahaha.

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang nie bila balik kampung kena simpan segala gajet kita baru la tak melekat sangat kat gajet tu. Mertua tu bukan dijadikan bibik tapi bila dorang tengok cucu nakal sangat jadi dorang pun amik la peluang jaga cucu walaupun kalau kat rumah sendiri anak2 tu dibiarkan je bermain...

    ReplyDelete
  6. Asam garam kehidupan..kita kena hormati yang lebih berumur..

    ReplyDelete
  7. aihhh peranan sbg suami jugak penting,.
    jgn dilayan sgt bini yg ngade2 tu...
    heheheheh

    ReplyDelete
  8. Kami kalau kumpul ramai-ramai, memang tak layan pun phone bagai tu sebab jarang jumpa. Lagipun, mesti nanti ada yang tegur kalau asyik berkepit dengan gadjet je.

    ReplyDelete
  9. Sib baik lom ada mak mertua dan x pernah ada....mak mertua macam mak kita jugak kan...x kan nak jadikan bibik....

    ReplyDelete
  10. Zaman skg zaman gadget.. Sgt tak best bila dunia semakin maju.. Berkumpul ramai2 pun dah tak rasa happening macam dulu2.. Semua pakat duk godek gedget memasing.. Hmm.. -_-"
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  11. zaman gadget sekarang ni memang buat menantu layan henpon lebih dari nak tolong mak kat dapur.. tapi aku tgk akak2 ipar aku xpernah la lagi abaikan maka aku.. brani dorang buat, kot nak kena maki... hehehe

    ReplyDelete
  12. sekarang ni zaman gajet,nak tolak tepi susah,toleh2 lg.. tp dlm cerita paper tu pasal menantu yg berat tulang nk tolong mak mertua kat dapur, so apa yg kita simpulkan,anak dara dr kecil patut diajar kerja2 dapur n kerja rumah,tak pandai masak tak apa janji ringan tulang. Tolong2 la kat dapur tu..bila tetamu dtg mmg penat la nak hidang2 kan semua.. tak boleh la nak harapkn mak sorang..

    ReplyDelete
  13. sebenarnya takut nak kahwin ni. nak kena berdepan dgn mak mentua. wuwuwuwu. tak tahu lah sapa jadi bibik nnti.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!