Review Novel: Jejaka Bajet Bagus - Azwar Syuhada

Tuesday, 9 September 2014

Review Novel: Jejaka Bajet Bagus

Salam to all readers,

 

Penulis: Amiza Anaz
Harga: RM21.00
Halaman: 1 - 498
Keluaran: Alaf 21

Sinopsis:

Fahimi - Ahli korporat berusia 30-an. Masih bujang dan sangat memilih dalam soal jodoh. Semua gadis tidak sempurna di matanya. Cerewetnya!

Widya - Gadis skema berusia lewat 20-an. Setelah kecewa cinta, perasaannya jadi sebu terhadap lelaki. Apa orang nak kata atau sindir, dia tidak ambil pusing. Janji dia bahagia!

Kebetulan kedua-duanya menjadi pengapit pengantin kepada sepupu masing-masing. Tiba-tiba mereka menjadi musuh kerana satu tragedi yang tidak disangka-sangka.

"Hah! Comel? Engkau dah hilang akal ke apa Husni? Orang macam tu bukan taste abanglah. Tak semenggah baju dia pakai tadi," kutuk Fahimi.

"Jangan sampai aku berpencak silat dengan dia petang ni sudahlah. Masuk berita pulak nanti. Tajuk berita 'pelamin angan, pengantin musnah. Pengapit bersilat," omel Widya.

Anehnya... dalam pertemuan seterusnya pasti berlaku 'cerita kelat' terhadap Widya. Ironinya, Fahimi pula yang menjadi hero penyelamatnya. Macam ada konspirasi!

Review dari Azwar:

Jalan ceritanya masih melibatkan dua hero dan seorang heroin. Sorang hero amat mencitai dan seorang lagi baru berkenalan. Bak kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Fahimi merupakan seorang lelaki maskulin dan kuat bekerja serta rajin mendekorasi rumahnya. Akan tetapi cerewet dalam memilih gadis. Mempunyai kawan baik dari kecik iaitu Azmil. Dah macam belangkas mereka berdua, di mana ada Fahimi di situ ada Fahimi sehingga geng kakak sepupu Fahimi salah erti hubungan mereka. Walaupun si Azmil dah berumahtangga. Bagi mengelakkan salah erti ini, kakak sepupu si Fahimi ini merangcang untuk mencarikan seorang gadis buat si Fahimi. Jadi pengenalan Fahimi dan Widya terjadi apabila masing-masing menjadi pengapit buat sepupu masing-masing. 

Widya asalnya merupakan anak orang kaya. Ayahnya ada buka syarikat bersama rakan kongsi merangkap kawan baik. Tiba-tiba entah macam mana, ayah si Widya dituduh pecah amanah lalu dihukum penjara dan secara tidak langsung keluarganya jatuh muflis. Semua orang pulaukan dirinya. Disebabkan perkara ini ayah Widya terus mendapat penyakit sehingga lumpuh. Jadi, Widya bertekad untuk menyara keluarganya dengan apa jua cara sekalipun dan suatu hari dia akan buktikan bahawa ayahnya tidak bersalah. 

Nak tahu apa yang terjadi lepas itu? Kalau nak tahu kenalah beli bukunya. Bagi Azwar novel ini masih okay untuk dibaca. Jalan cerita pun masih menarik. Tapi ceritanya lebih kepada mencari bukti bahawa bapanya tidak bersalah daripada menonjolkan hero dan heroin. Apa-apapun masih menarik untuk dibaca. 

p/s: Azwar borong novel ini masa pergi pesta buku dekat SACC, Shah Alam. Jadi, dapatlah potongan harga lebih sikit. hehehe..

9 comments:

  1. wow..menarik gak crite muda mudi ni...
    cintan cintun..

    ReplyDelete
  2. hahaa, macam menarik je jalan cerita novel ni. Insyallah kalau berkesempatan akan dibeli kelak. Pengapit? Errr tang ni macam boleh agak yang diorang ni akan bersama. Ceh pandai je aku, haha :P

    ReplyDelete
  3. dah lama giler tak baca novel.. haha
    ada review cmni best jgk, thx sharing :)

    ReplyDelete
  4. saya tak berapa sangat la dengan novel cinta nie. hahaha


    kalau novel fixi , lejen press tu baca aaa .. =D

    ReplyDelete
  5. bestnya Azwa dapat pergi PBS tu :) tak pernah baca lagi novel ni

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak baca novel...keep on reading...read a lot...gain more infos....;-)

    ReplyDelete
  7. wah..mcm best jer cite ner..huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!