Tips: Blogging Cara Saya - Azwar Syuhada

Friday, 17 January 2014

Tips: Blogging Cara Saya

Assalamualaikum..


Kali ini nak share something dengan korang mengenai tips blogging pula. Terdapat pelbagai aspek yang perlu di ambil kira semasa berblogging. Ini cara akulah, tak tahu cara korang bagaimana pula kan?? 








Antara aspek yang perlu diambil kira ialah:

1) background
Bagi aku background yang paling sesuai ialah warna putih. Kalau bacground belakang suka hatilah nak warna apa pun. Cuma jangan terlalu banyak warna, nak sakit mata pula.

2) entry yang menarik
Aku pon bukan tulis entry yang menarik sangat pun dalam blog ini. Bagi aku, kurangkan sikit cerita mengenai hal berkaitan peribadi, pakwe, or makwe sekalipun. Sebab ada setengah blogger tak berapa berkenan nak follow blog macam ini. Apa kata, korang kongsi mengenai pengalaman belajar, isu semasa, tips, resepi dan macam-macam lagi cerita yang menarik buat para pembaca gitu.

3) letak lagu dalam blog
Tak salah pun jikalau letak lagu dalam blog. Tak dapat dinafikan, aku pun pernah letak lagu dalam blog iaitu lagu "What Do You Want From Me". Bila difikirkan balik, rasa bising dan mengganggu blogger yang datang menjengah blog aku pada masa itulah (itupun kalau ada orang jengah). Kalau ia pun nak letak lagu, tolong pastikan lagu tu tak terlalu binggit sangat dan jangan letak auto player. Dari rasa orang nak follow cerita kita, terus tak jadi disebabkan gangguan music yang tak henti-henti.

4) tulisan 
Tulisan juga memainkan peranan penting dalam berblogging. Kalau takde tulisan, camne riders nak baca kan?? Seelok-eloknya, gunakan sahaja tulisan yang simple, mudah dibaca, dan gunakan size font yang sesuai. Kalau blog korang dah berwarna-warni, gunakanlah font yang besar dan warna yang sesuai, supaya senang orang nak baca.

5) sidebar widget
Letak yang perlu sahaja, contohnya gadget follower, blog archive, profile, ataupun blogger list. Kalau terlampau banyak gadget pon susah juga, sebab nanti loading teramatlah lambat. 

6) follower
Untuk pengetahuan korang, blog ini merupakan blog kedua aku, setelah blog lama telah ku hapuskan dengan tidak sengaja. Jadi aku tahulah serba sedikit mengenai blogging. Tak dinafikan, aku juga suka follow blog orang tanpa ada sebarang paksaan. Jadi elakkanlah tulis ayat ini, 'Done follow you, please follow me back'. Sejujurnya aku pernah juga tulis buat pertama kali aku berblogging, tak tahulah pula ada yang tak suka dengan ayat itu. Aku berani tulis pun sebab, dekat kotak chatbox banyak tulis macam itu, jadi aku ikut sahajalah (betapa kuat pengaruhnya). Jadi yang pastinya, jangan tulis macam itu ya!! Followlah blog seseorang itu dengan seikhlas hati, insyaallah orang akan mudah nak follow kita semula. =)

7) bahasa
Tak kisahlah kalau korang nak tulis bahasa melayu or english sekalipun. Yang penting kurangkan bahasa short form, sebab bukan semua orang faham bahasa short form yang kita sendiri buat kan? Dan ada juga sukar nak fahamkan apa yang kita sampaikan dan rasa geli nak baca pun adakalanya. Jadi, gunakan bahasa yang sesuai dan mudah untuk difahami oleh semua orang.

8) cbox/ shoutbox/ lain-lain
Benda ini juga memainkan peranan dalam blog. Kalau tiada, rasa hilang mood nak berblogging. Seelok-eloknya pasanglah benda alah ini dalam blog, supaya mudah berinteraksi dengan blogger-blogger yang lain. Kalau rasa nak privatekan pon boleh, tukar sahaja width dan juga height.

Sebenarnya, blogging ini pun ada pasang surutnya. Bukan hari-hari kita boleh mengadap blog sahaja kan? Jadi gunakanlah masa yang sesuai untuk berblog. Kalau ia pun nak berblogwalking, ikutlah waktu yang sesuai. Janganlah time azan berkumandang, korang mengadap blog. Nanti timbul pula spekulasi yang tak berapa elok daripada blogger lain. Tak gitu??


p/s: Sekadar berkongsi mengenai cara aku berblogging. Tak tahulah pula, kalau-kalau cara korang berbeza kan?? Jadi fikir-fikirkanlah la ye!! Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat berblogging -_-


14 comments:

  1. ya yang bab bacground n entry yg menarik memang saya skong..!!

    ReplyDelete
  2. widget followers saya bengong. x tau apa masalah . x keluar Y__Y ..

    Sy dah lama buang c-box dekat blog sbb nmpk serabut pulak haha..


    pernah gak letak lagu dlm blog masa muda-muda dulu.. mcm kelaka lah pulak haha

    ReplyDelete
  3. good info dear, bagi shad.. kalau kita nak orang datang blog kita, kita kena pergi blog orang. kalau kita nak orang comment dekat entry kita, kita pun kena la rajin comment kat blog orang jugak. What u give is what u get.. hehe

    ReplyDelete
  4. hai Azwar salam weekand :)

    akak banyak juga membaca tentang tips2 blogging ni..dari apa yang Azwar kongsikan mmg ada banyak kebenarannya..dengan cara mengikuti segala tips2 yg ada sekurang-kurangnya dpt menaikkan traffik kat blog kann !!..
    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  5. Assalam. pasal bloglist tu, cuba awak remove balik blog sy di bloglist, kemudian copy balik link saya. Skrg sy pakai dot my. myb sbb tu x kluar kot. Cuba buat. nanti kabo ke saya ye jd ke tak?

    ReplyDelete
  6. akak setuju dengan tips blogging di atas.. bab follow tu selalu ada follower datang follow dan tinggalkan ayat suruh kita follow dia balik, akak layan je.. hehe.. soal background memang penting, ada segelintir blog guna background hitam dan tulisan putih, berpinar-pinar mata akak membaca entrinya yang panjang tu.. rasa serik nak singgah lagi..

    ReplyDelete
  7. nice entry kak! setuju dgn semua tips2 ni ^^

    ReplyDelete
  8. mama setuju semuanya, sebab cara di atas lah mama gunakan dalam blogwalking..

    ReplyDelete
  9. I do not even know how I ended up here, but I thought this post was great.
    I do not know who you are but definitely you're going to a famous
    blogger if you are not already ;) Cheers!


    Feel free to visit my weblog ... almond milk health benefits

    ReplyDelete
  10. Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the
    video to make your point. You obviously know what youre talking about,
    why waste your intelligence on just posting videos to your site when you could be giving us something informative to read?


    My blog post - mobile phone calls to South Africa

    ReplyDelete
  11. cool tips. super agree with tips no 3. ^^

    ReplyDelete
  12. I am extremely impressed with your writing skills and also with the layout on your weblog.

    Is this a paid theme or did you modify it yourself?
    Either way keep up the excellent quality writing, it's rare to see a great blog like this
    one today.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!