Assalamualaikum..
Kini fenomena jerebu merupakan perkara biasa, sejak kebelakangan inilah. Ini bukan kali pertama jerebu melanda negara kita, menurut kata mak aku sejak tahun 1998 lagi jerebu memang telah berlaku. Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia juga disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Jerebu di area Putrajaya
Antara langkah penjagaannya:
1) Mesti gunakan penutup hidung (nasal mask), jika indeks pencemar udara (IPU) melebihi 200.
2) Bagi mereka yang berpenyakit berisiko tinggi seperti penyakit lelah, jantung, dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak, dinasihatkan memakai penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada 200.
3) Dinasihatkan supaya orang ramai minum air yang banyak (air suam), basuh bahagian tubuh yang terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.
4) Perokok juga dinasihatkan tidak merokok apabila keadaan udara berada pada tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100.
5) Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.
p/s: Harini cuti dapat jugalah aku menafaatkannya, walaupun kerajaan memberi cuti berganti untuk pelajar-pelajar duduk di rumah. Tapi aku menafaatkannya untuk melihat abang aku konvokesyen. Esok cuti lagi!! =)
Sumber : Utusan Malaysia
p/s: Harini cuti dapat jugalah aku menafaatkannya, walaupun kerajaan memberi cuti berganti untuk pelajar-pelajar duduk di rumah. Tapi aku menafaatkannya untuk melihat abang aku konvokesyen. Esok cuti lagi!! =)
Sumber : Utusan Malaysia
terima kasih berkongsi tips :)
ReplyDeletejerebu mcm ni budak sekolah la yg suka. cuti !
ReplyDeletethanks for the tips yawww :P
ReplyDeleteAkak melepak dalam rumah je..hgga tak sedar kt luar berjerebu..
ReplyDeleteharap masalah jerebu ni cepat berakhir :)
ReplyDeleteAzwa tinggal kat PJ ke? Hana sekarang kat Kajang.. alhamdulillah jerebu tak teruk lagi.. :) jaga diri
ReplyDeletejage diri...jage hati
ReplyDeletetips yg berguna..tp skrg dh berkurang jerebu kan..hujan pn dh turun..alhamdulillah :)
ReplyDeleteeven indeks udara dh turun tp still kn berjaga..apa pun jg kesihatan kita!!^__^
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletesekarang dah kurang..alhamdulillah..harap lepas ni ramai yg sedar la yg open burning tu tak berapa bgus..huhu.. dan masa jerebu ni teringat masa tahun 2005..teruk juga masa tu..
ReplyDelete