Selepas Sya'ban, Syawal atau Ramadhan? - Azwar Syuhada

Tuesday, 18 June 2013

Selepas Sya'ban, Syawal atau Ramadhan?

Assalamualaikum..

Bulan Rejab baru sahaja berakhir, sekarang sudah masuk bulan Sya'ban. Kalau diikutkan bulan Sya'ban merupakan bulan yang mulia, bulan yang disukai nabi dan setiap bulan Sya'ban ini jugalah ramai yang mengadakan kenduri. Tidak terkecuali keluarga aku juga mengadakan kenduri setiap tahun sejak atok dan nenek aku masih hidup lagi. Sememangnya kenduri ini bolehlah tahan syoknya, dimana masa inilah kita dapat berkumpul ramai-ramai bersama sanak saudara, jiran tertangga, ipar-duai, dan sewaktu dengannya.

Setiap kali kenduri, mak aku yang akan masak bersama mak-mak saudara aku. Aku hanya ambil bahagian dalam acara mengemas rumah dan kerja-kerja kebersihan sahaja. Inilah kerja aku setiap kali kenduri, tapi selebihnya mak aku yang control. Kali ini mak aku kata taknak menu siaran ulangan, kalau nak tahu kenalah tengok siaran langsungnya pada hujung minggu ini!!

Dalam sibuk-sibuk mak aku merancang menu, cikgu pula menghidangkan menu-menu utama untuk PBS yang baru ini. Padan muka aku!! Best juga sebenarnya buat PBS ini, dalam tention-tention boleh jugalah menyusutkan berat badan (tetap juga tidak dapat menyusutkan waktu tidur aku, terutamanya di waktu petang). Juadah utama yang bakal kiteorang hidangkan kepada cikgu nanti ialah subjek Pengajian Perniagaan dan juga Bahasa Melayu. Ini sudah masuk penggal 3, aku harap setiap rencah, isi-isi, fakta dapat aku garapkan dalam kerja PBS kali ini. PBS kali ini dikehendaki membuatnya dalam group. Kali ini aku bergroup dengan orang lain. Aku harap kerja bergroup kali ini masing-masing dapat memberi kerjasama. 


p/s: Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita berdoa bersama-sama untuk orang yang telah tiada dan juga untuk diri kita serta umat Islam yang lain. Semoga hidup kita diberkati oleh Allah. Dalam pada masa yang sama, kita perlulah menjaga tatatertib dalam batas pergaulan, tingkah laku, sempena bulan yang mulia ini. Kalau rajin banyakkanlah puasa, kalau rasa tak mampu berzikirlah banyak-banyak. Lakukan sebanyak mungkin ibadat yang terdaya, selagi jasad masih bernyawa. Ingat mengingati amalam mulia. =)







30 comments:

  1. time kita raya kan dik tahun lepas..sob sob..memang tak dapat rasa musm beraya.. puasa tak apa..raya tu..memang masa cuti tu buat kerja ja..hehe..tapi tak apa la..utk masa depan..tahun depan ada lagi raya..inshaaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.bulan sya'ban bulan Allah....bln ni elok kita berpuasa sunat kn besar ganjarannya. =)

    jemput singgah
    http://myaleo.blogspot.com/2013/06/senyumlah-walau-ianya-payah.html

    ReplyDelete
  3. kalau sykn..cnfirm dh ambil port dgn org tua :) mcm2 bndalah thu dr diorg ni..ayat pn dh mcm chef..nsb baik fham..in.shaa.Allah, smoga diberi umur yg pnjang utk rasai ramdhan thun ni :)

    ReplyDelete
  4. wah seronok jugakkan berkumpul masa bulan syaaban.kak lea selalunya sehari sebelum ramadhan je buat makan2 sikit then solat jemaah,berdoa supaya dipanjangkan usia untuk jalani ibadah di bulan ramadhan.

    ReplyDelete
  5. ramadhan bakal berkunjung. :)

    ReplyDelete
  6. Dah nak puasa dah kan
    best yer puasa :)

    ReplyDelete
  7. Hrp2 tahun ni kita dpt bertemu kembali Ramadan, Syawal dan seterusnya......

    ReplyDelete
  8. :) heheheh.. suka gax ambik bahagian mengemas je.. bab masak2 leh tolong sikit2 je bagi y terror je >.< ehheheh xD

    Syaaban byk kelebihannya..sama2lah kita beramal :) insyaAllah

    ReplyDelete
  9. happy becoming ramadhonnnn. ;D

    ReplyDelete
  10. Syaaban, Ramadhan...
    Cepat kan masa berlalu, kejap ja,huhu...
    Syawal kali ni ada makna sikit untuk kitorang se-family,,hehe

    ReplyDelete
  11. keluarga CJM pun...selalu jugak buat kenduri waktu bulan syaaban...nasib tak ada mercun...haha..main pop2 sja... =3 *mercun tunggu raya...wkwkwk

    ReplyDelete
  12. semoga kita tingkatkan amalan kita dibulan mulia ini.

    ReplyDelete
  13. Dah nak dekat ramadhan dah kite.. Hewhew

    ReplyDelete
  14. salam sya'ban awakkkkk.tak lama lagi kita nak berpuasa dah kan,cepatnya masa berlalu :D

    ReplyDelete
  15. memang seronok kan bila buat kenduri, berkumpul beramai-ramai bersama saudara mara.

    p/s cepatnyer masa berlalu kan

    ReplyDelete
  16. In shaa Allah, smoga kita masih berpeluang bertemu dgn Ramadhan yg tak sampai sebulan sahaja lagi akan tiba.
    All the best in whatever you do. :)

    ReplyDelete
  17. In shaa Allah, smoga kita masih berpeluang bertemu dgn Ramadhan yg tak sampai sebulan sahaja lagi akan tiba.
    All the best in whatever you do. :)

    ReplyDelete
  18. best kan bila semua dapat berkumpul. tambah2 family yang besar. mesti meriah =D

    ReplyDelete
  19. tak sabar rasanya nak bertemu ramadhan pada tahun ini.. seronok bila satu keluarga besar berkumpul..

    ReplyDelete
  20. Shoknya dapat buat kenduri. Rumah kak anis, rasenye baru 3 4 kali je buat kenduri hehehe

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah... marilah kita b'puasa bagi menyiapkan diri sebelum tibanya bulan ramadhan....

    ReplyDelete
  22. hmm.. X sabar nya nk sambut ramadhan...

    ReplyDelete
  23. Harus segera saya gantikan puasa yg tinggal sikit saja lagi...huhuhu

    ReplyDelete
  24. Tak sabar tunggu Ramadhan. :D

    ReplyDelete
  25. umh akk xpernah lagi buat knduri camtu..bestnya.. tak sabar nk tunggu ramadhan.. :')

    ReplyDelete
  26. Lagi sehari jer nk nisfu syaaban.. Lepastu Ramadhan pula, sekejap jer masa berlalu, smoga kita dapat pertingkatkan amal ibadah...

    ReplyDelete
  27. tak sangka dah nak puasa kan? insya-Allah, puasa tahun ni lebih elok drpd tahun yg sebelumnya :)

    ReplyDelete
  28. Tak lama lagi ramadan menjelma.. :-)

    ReplyDelete
  29. dah nak puasa kan kita semua, last year dulu mama bersalin kan cik sufi, sebulan la mama tak puasa, insya allah.. tahun ni penuh la hendaknya ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!