Azwar Syuhada

Wednesday, 1 January 2025

Dugaan Penghujung 2024: Pengalaman Kaki Retak Bersulam Simen
8:42 pm 2 Comments

 |  Dugaan Penghujung 2024: Pengalaman Kaki Retak Bersulam Simen | Siapa sangka dalam keadaan sihat walafiat, tetiba Allah bagi ujian kaki retak baru-baru ini. Ya, nak dijadikan cerita pada hari kejadian 14 Dec 2024, adik saudara aku ajak main bola jaring (malam lepas maghrib). Yang bestnya aku bukan kena waktu main. Tapi lepas main 1 games, aku sedang berjalan nak ke tempat duduk, time tu terpelecok dan menyebabkan kaki bengkak dan bersimen.


Kiteorang tunggu sampai habis games habis, tapi waktu tu jalan dah terhencot-hencot, balik rendam dengan air batu, dah nampak biru. Esok sebelum balik KL, singgah klinik buat X-tray, sekali lepas X-Tray nampak kaki retak sedikit area tepi kaki. Terus doktor tu suruh refer mana-mana hospital untuk baik pulihkan kaki aku yang retak. Esoknya, Isnin (16/12/2024), aku dapat MC satu hari dari klinik, jadi aku terus pergi PPUM untuk check up doktor, bawa sekali X-Tray. Punyalah berpusing cari tempat. Sekali buat mereka yang tak pernah ada appoitment kena pergi Wad Kecemasan dahulu, check doktor sana. Lepas check sana, doktor tu pasangkan simen (bukan simen sepenuhnya sebab dia kata bengkak belum surut) After 1 weeks, datang semula continue pasang fully simen untuk sebulan pula.


Keadaan kaki retak pada 15/12/2024


Pergi klinik, doktor pasang bandage ini sahaja. Simen kena pergi hospital. Waktu ini aku pikir bila boleh sembuh sahaja. Tambah, aku baru je masuk tempat kerja baru. Balik klinik jalan hencot-hencot lagi. Adik and mak aku bawa balik rumah sewa, keesokkan harinya 16/12/2024, aku gerak sendiri pergi PPPUM.




Ini X-Tray pada 15/12/2024


Langkah yang perlu diambil bila kaki terseliuh dan mula bengkak:

Gunakan kaedah PRICE bagi mengelakkan bengkak berlarutan. Jangan sesekali pergi berurut lepas terseliuh dan mula membengkak, dan kalau boleh elakkan tuam dengan air panas. Kaedah PRICE ini bermaksud:

P (Protect): Elakkan kaki yang cedera daripada aktiviti berat.
R (Rest): Rehatkan kaki yang cedera dan hadkan pergerakkan
I (Ice): Rendamkan kaki dengan ice batu bagi mengurangkan bengkak. Jangan biarkan lebih 20 minit, sebaiknya alaskan air batu tersebut dengan kain.
C (Compression): Kemudian, balutkan kaki dengan bandage bagi mengawalkan bengkak
E (Elevation): Apabila baring, cuba letakkan kaki diparas yang lebih tinggi daripada jantung. Boleh timpap dengan bantal. Hal ini bagi, pengaliran darah dapat naik.


Perkara yang WAJIB dielakkan bila kaki terseliuh & bengkak:


Kalau ikutkan orang dulu-dulu prefer cari tukang urut tulang untuk baikkan kaki terseliuh. Tapi zaman sekarang, tukang urut tulang sudah makin berkurang. Ikutkan banyak rawatan yang boleh digunapakai untukpulihkan kaki yang terseliuh dan bengkak tetapi ada beberapa rawatan yang perlu dielakkan bagi mengeruhkan keadaan. Antara rawatan yang perlu dielakkan bila kaki terseliuh dan bengkak adalah:

1) Elakkan Tuam Dengan Air Panas


Jangan sesekali tuam kaki yang cedera dengan air panas. Hal ini membolehkan kaki cedera dituam air panas itu boleh menyebabkan salur darah mengembang. Natijahnya, pendarahan bawah kulit banyak berlaku dan bengkak di kaki akan berlarutan.

2) Jangan Diurut


Elakkan urut pada bahagian yang cedera mahupun kawasan bengkak. Hal ini akan menyebabkan kecederaan semula pada kawasan yang terlibat. Malah kawasan bengkak akan lebih membesar dan kecederaan akan lebih parah sebabkan kita bukan pakar dalam urutan.

3)  Elakkan Berjalan Tanpa Tongkat


Apabila kaki kita terseliuh + bengkak, kita dinasihatkan jalan menggunakan tongkat. Hal ini bagi mengelakkan daripada meletakkan tekanan dan beban yang terlebih pada kaki yang cedera.

Sekiranya, kita jalan tanpa menggunakan tongkat ketika kaki terseliuh, kaki akan lebih sakit dan sakit akan berlarutan.

4) Elakkan Balut Bandage Dengan Ketat


Segelintir orang cedera lebih cenderung balut kawasan yang bengkak untuk beri sedikit tekanan. Namun, harus diingatkan, sekiranya korang buat balutan di kawasan yang bengkak elakkan daripada membalut terlalu ketat.

Balutan yang terlalu boleh mengakibatkan sekatan perjalanan darah di kawasan yang bengkak dan  menyebabkan proses penyembuhan terbantut.


Itu sahaja yang aku boleh kongsi setakat ini, buat masa ini kaki aku masih bersimen. Masih menunggu jawab untuk next appointment. Hopefully ada sinar untuk buka simen pada 17/1/2024 ini.




Apa-apa pun selamat tahun baru 2025 guys! Moga tahun baru ini lebh baik daripada tahun sebelumnya.




Reading Time:

Wednesday, 11 December 2024

Pengalaman Menginap di Bertam Resort Memang Puas Hati!
10:43 am1 Comments

 Salam to all my readers,


| Pengalaman Menginap di Bertam Resort Memang Puas Hati! | Guys, kerja ke tu? Today Selangor cuti. Disebabkan harini cuti, aku nak share another story tahun ini. Ikutkan banyak story aku nak share, tapi kekangan masa nak update dalam blog, tambah-tambah sekarang lagi banyak platform sampai tak terkejar. Aku aktif dekat TikTok & Lemon8 untuk vlog journey aku. Korang rasa masih relevan lagi ke tulis blog ini? Ramai juga kenalan aku yang dah bersara dari dunia blogging. So sad, but yalah kan masing-masing ada komitmen lain. Nak update blog ini kena tunggu mood datang. Tak ada mood, macam mana nak update story kan.


Ayuh mulakan mengimbau kenangan bercuti di Penang. Bulan 7 tahun ini, aku dengan family aku ada pergi bercuti ke Penang. Ini semua plan moksu aku, dia kaki jalan. Kita follow je, kalini yang pergi Moksu, Mak, Aireen, adik aku dan juga bibik, sekali akulah. Abang aku tak join. Sebab kiteorang pergi weekdays rasanya ni. Before this, kalau pergi Penang mesti stay dekat area Pulau. Kali ini kiteorang tak masuk pulau, kiteorang lepak area Bertam, Penang. Tengah-tengah untuk masuk penjuru Kulim, Kedah sana hah. Ini boleh dikira percuti melawat saudara. Kami sempat menyinggah rumah saudara yang duduk di Kedah. Raya memang payahlah nak kemari, bila bercuti baru dann pergi. Dekat Bertam ini kiteorang stay dekat Bertam Resort, Penang. Perghh hotel dia besar gila baq hang. Ayuh tengok, mana tahu ada plan nak datang ke sini cuti sekolah nanti.


Bersar & Selesa Menginap di Hotel Bertam Resort, Penang



Inilah dia Bertam Resort, cantik ya. Kalau ikutkan depan bertam Resort ini, ada waterpark besar macam Sunway Lagoon tu, masuk pun murah. Tapi kiteorang tak pergilah Waterpark tu, mandi manda dalam hotel pun banyak syok. Jom tengok bilik hotel. Macam biasa, aku sebilik dengan moksu, bibik and Aireen, ada 2 katil king dalam tu, toilet siap ada bath tub lagi kot-kot nak berendam. Tak sempatlah nak berendam lama-lama sebab kiteorang keluar memanjang. 



Besar kan, bilik pun luas, ada lagi ruang nak solat. Harus snap gambar lelaju, masing-masing tak sabar nak lenjan atas katil. Tilam bilik hotel mana mampu lawan tilam kat rumah. Hotel gak best, empuk, nyenyak tidur. Bilik ini siap ada balkoni dekat luar, boleh tengok swimming pool lagi. Belah malam memang lawa sebab banyak lampu-lampu. Ramai turun mandi belah malam, siang panas ya.



Ini keadaan bilik air, jangan risau, cermin tu boleh tutup dengan tirai. Bibik punyalah risau, bilik air boleh nampak dari luar. hahaha.. Dah tutup tirai, baru dia lega nak masuk bilik air. Selain bilik hotel best, ada juga kemudahan lain dekat sini, ada playground kanak-kanak, gym, makan breakfast dekat hotel pun sedap, siap ada roti canai lagi tu.

 

Wajib mirror selfie 1 kali. Penginapan 3 hari 2 malam dekat sini memang best. Resort ini memang sesuai sangat bawa family yang anak kecil, atau nak bawa pak & mak (warga emas) datang kesini pun boleh, banyak laluan untuk kerusi roda, staff pun banyak membantu. Pool dia tak boleh nak cakaplah memang besar, feeling dekat oversea gitu.





Inilah dia budak Aireen pantang masuk pool, memang susahlah nak keluar. Nak masuk gembira, nak keluar meraung-raung taknak keluar. Waktu kiteorang pergi tu ramai juga parent bawa keluarga datang bercuti dekat sini. Budak-budak paling happy main dalam pool. Aku pun main gak sekali, rendam-rendam kaki gitu. Bolehlah consider hotel ini lagi, kalau ke Bertam, Penang. 


Sebelum kiteorang check ini hotel, kiteorang sempat singgah ke Kampung Agong, Penang. Hidden gem di Penang juga. Jarak Bertam Report dengan Kampung Agong ini lebih kurang 15 min macam tu, memang dekat. Jom tengok apa menarik di Kampung Agong.


Keindahan Pokok Kelapa di Kampung Agong, Penang


Ada yang pernah datang ke Kampung Agong, Penang? Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke Kampung Agong. Ia meruapakan kampung yang sangat unik dan cantik dengan keindahan Pokok Kelapa yang tinggi-tinggi dan juga sawah padi pun ada. Aku ada terbaca dimana tanah ini mula dibangukan dengan penanaman pokok kelapa dan juga sawah padi pada tahun 1942 oleh penduduk kampung yang bernama Agong, justeru dinamakan Kampung Agong.


Dekat dalam tu memang suasana kampung siap ada rumah kampung lagi. If korang takde kampung, nak feeling-feeling balik kampung boleh datang ke Kampung Agong ni hah. Aku nasihatkan korang datang belah petang or pagi, kiteorang datang nak dekat masuk tengahari, memang panas la ceritanya. Datang petang dapatlah round naik basikal.




Kampung Agong ini beroperasi setiap hari bermula jam 9.00am sehingga 6.00pm. Tiket masuk untuk warganegara akan dikenakan RM10 untuk orang dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak & PERCUMA bagi bawah umur 3 tahun. Bolehlah bawa anak-anak datang berjalan.



Kawasan Kampung Agong ini sangat luas, kiteorang explore mana yang dan je, sebab masing-masing dah kepanasan. Bolehlah masuk list korang kalau datang ke Seberang Perai. Nak-nak cuti sekolah dah nak dekat ini, bolehlah plan bawa family jalan-jalan ke sini pula. 


Kiteorang sangat jaranglah nak berjalan jauh, tapi sekali pergi memang pulun berjalan. Minggu ini family aku berjalan lagi, tapi aku tak ikut disebabkan baru masuk kerja baru. Taknaklah aku ambil cuti. Disebabkan aku tak ikut, kenalah tunggu ole-ole yang dibawanya. Now, kena kerja kuat lagi, next year plan nak berjalan tu banyak, pulus plak kurang.Ayuhlah kerja dan kerja.


Thank you for reading guys!


Reading Time:

Sunday, 8 December 2024

Selamat Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab: Misi Membahagiakan &  Melangkah Ke Hadapan
5:51 pm0 Comments

 Salam to all readers,


Selamat Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab: Misi Membahagiakan &  Melangkah Ke Hadapan

| Selamat Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab: Misi Membahagiakan &  Melangkah Ke Hadapan | Selamat ulangtahun ke-3 Choco Albab! 7 December 2024 berlangsungnya acara ulangtahun Choco Albab di Bangi Covention Centre. Aku turut berpeluang meraikan majlis ulangtahun tersebut. Cukup meriah sekali sambutan utang tahun ke-3 Choco Albab. Choco Albab merupakan  jenama coklat tempatan yang semakin dikenali. 


Acara istimewa ini menandakan tiga tahun usaha gigih dalam membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan, tetapi juga menjadi platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan.  



Menurut, Pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi ketika berkongsi kejayaan tiga tahun penuh bermakna ini berkata, misi dan matlamatnya adalah jelas iaitu ingin mencipta perniagaan yang mampu membahagiakan semua orang. 


Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd berkata, dalam masa tiga tahun, Choco Albab telah mencapai kejayaan yang membanggakan iaitu membahagiakan sekitar 100 ribu agen dan melahirkan puluhan Crown Leader.  Ia turut menegaskan bahawa Choco Albab adalah satu pencapaian luar biasa hasil usaha sama seluruh pasukan. Beliau turut menggalakkan anak muda yang ingin berniaga, dengan Choco Albab tak perlu pegang produk, mereka sendiri sediakan platform dan akan hantar barang kepada customer. 



Berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang saya timba selama 14 tahun dalam dunia perniagaan beliau telah menggunakan ilmu tersebut dan aplikasikannya di Choco Albab. Bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk orang ramai. Bersama berkongsi rezeki dan menjana pendapatan," katanya selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab bertemakan Beyond the Star di Bangi Avenue Convention Center pada 7 Disember 2024.


Ketika memulakan perniagaan Choco Albab pada tiga tahun lalu, bukan kekayaan peribadi yang ingin dicari Said Saiful tetapi bagaimana ingin membantu lebih ramai rakyat dapat menjana pendapatan.



Salah seorang agen yang berjaya di Singapore


Komisen Jualan yang Tinggi Sebanyak 42%, & Beri Peluang Kepada Golongan Suri Rumah!


Melalui konsep agen Choco Albab, Said Saiful memberikan komisyen jualan yang tinggi sebanyak 42 peratus, yang tertinggi berbanding sistem agen produk lain di Malaysia. Said Saiful ingin membawa sebanyak mungkin rakyat menjana pendapatan dengan Choco Albab dan memberikan mereka kebahagiaan yang luar biasa.


Choco Albab sediakan platform untuk semua orang buat pendapatan, terutamanya golongan wanita, suri rumah, ibu tunggal dan belia. Ia adalah salah satu cara menjana pendapatan selain daripada ekonomi gig. Tidak memerlukan modal yang besar, yuran penyertaan yang rendah selain agen tidak perlu membeli dan menyimpan produk Choco Albab.


Pada 2025, beliau mnyasarkan 200,000 usahawan bersama dengan Choco Albab, menjadi agen dan meningkatkan Choco Albab sebagai jenama produk berasaskan coklat tempatan nombor 1.


Bersempena dengan sambutan ulang tahun ini, Choco Albab turut melancarkan produk baharu, iaitu Choco Albab Hazelnut Spread yang dijangka menjadi pilihan kegemaran ramai. 


Dengan kualiti premium dan rasa yang memikat, Choco Albab Hazelnut Spread membawa inovasi baharu dalam pasaran coklat tempatan.  


Pemenang Cabutan Bertuah


Sebagai sebahagian daripada visi untuk membantu komuniti, Choco Albab terus membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan melalui program keagenan. 


Dengan unjuran untuk melahirkan lebih ramai Crown Leader pada tahun 2025, Choco Albab bertekad untuk terus menyemarakkan semangat keusahawanan di Malaysia.  


Dengan kejayaan yang dicapai dan perancangan yang menjanjikan masa depan yang cerah, Choco Albab kini berdiri sebagai jenama yang bukan sahaja memberikan kebahagiaan melalui produk berkualiti, tetapi juga melalui peluang keusahawanan yang mengubah kehidupan.  


Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau program keagenan, boleh layari https://chocoalbab.asia/.





Reading Time:

Sunday, 1 December 2024

Raya 2024, Perginya Pak Alang Tanpa diduga!
9:50 pm0 Comments

 Salam to all readers,


Raya 2024, Perginya Pak Alang Tanpa diduga! | Sungguhpun raya dah lama berlalu, aku tetap nak story kisah raya aku dengan korang semua. Yup raya Aidilfitri 2024 sedikit hiba apabila Pak Alang meninggalkan kami 1 day before before Raya Aidilfitri. Waktu tu aku masih di office memandangkan cuti aku dah habis, terpaksalah kerja before raya. Kalau cuti akulah paling sibuk dekat rumah tolong mak kemas rumah. Waktu tu betul-betul aku tengah kemas beg nak balik kerja. Tup-tup dapat message from mak aku kata "Pak Alang dah takada". Siapa kita nak tolak takdir kan. 


Ikutkan seminggu sebelum tu kiteorang makan dekat rumah Abang Long, anak Pak Alang no 1. Waktu tu Pak Alang punya excited nak atur orang datang beraya rumah anaknya. Tup-tup, dia pula pergi di pagi raya. Jenazah Pak Alang dikebumikan pada pagi raya. Bila aku tiba dekat rumah mak, tengok Moksu & Mak Itam otw ke rumah kak Iqin tengok Pak Alang. Mak aku dah ikut Pak Itam awal lagi. Jadi tinggal yang kecik-kecik dengan kak Ipar aku. Jadi kami semua kena kemas rumah dengan kemas ketupat dalam periuk. Mujur Kada & Kak Bila ada dorang gak yang ikat ketupat masuk periuk. Aku macam biasa sempat menyapu keliling rumah. 


Selesai solat raya, kami tetap beraya di rumah nenek saudara dan juga pak saudara yang berdekatan dengan rumah. Kiteorang keluar pun dekat jam 11.00am macam tu, lewat sikit. Sebab pagi tu masing-masing sibuk, ada yang nak kubur semua. Itulah kan, dalam pada kita merancang, Tuhan ada baik rancangannya. Kami tak terkilan sangat memandangkan arwah pun pergi hari yang baik. Moga arwah Pak Alang ditempatkan di kalangan orang beriman. Tiada lagi gelak ketawa, lawak jenaka dari Pak Alang lepas ni. Tahun ni, kerap juga kami berkumpul ramai-ramai, makan bersama. Ada juga kenangan bergambar dan video bersama before this. Sebab boleh dikatakan kami rajin buat makan-makan dekat rumah mak. So, pakcik-pakcik, saudara mara mesti balik berkumpul ramai-ramai.





 Me with anak bulus


Siapa sangka, orang yang kita tengok sihat, tak pernah sakit tetiba pergi. Ajal tak kenal usia, baik muda mahupun tua. Yang hidup teruskan hidup, dan sentiasa perbaiki diri lebih baik. Mana kurang, perbaiki dari sekarang okay. Jom aku share gambar raya, nak mengenang semua story payah juga, sebab memori aku pun tak berapa nak ingat. If korang masih ada parent, rajin hangout bersama, jangan lepaskan peluang untuk rakam moment indah. Sekarang mudah, macam-macam teknologi ada, boleh video call, voice call, bergambar pun boleh. Kita tak tahu sampai bila kita dapat bersama lagi. Esok, lusa, tulat semua aturan Tuhan. Doa baik-baik buat semua.



Suasana beraya di rumah nenek saudara, (adik atok). Salah seorang nenek saudara yang masih ada. Kalau perasan, rumah selagi ada orang tua atuk-atuk, rumah still dipenuhi dengan tetamu. 


Zhi Qing & Connie, datang beraya di rumah. Banyak syok datang kampung.


Myself! Aku ada je handbag, tapi malas nak pindah barang. Mana beg aku rasa selesa tulah aku lenjan. Beg pergi kerja, beg masuk hutan, tulah juga aku guna. Tapi beg ini sekarang dah pudar sangat warna, kita bawa masuk hutan jelah.

Mungkin story ini dah basi memandangkan story raya 2024 baru nak update hujung tahun. Tapi bagi aku penuh makna kerana dapat berkumpul dengan family. Makan, berkumpul, bergelak ketawa bersama keluarga moment paling indah bila menginjak alam dewasa. Adult life sangat memenatkan.


Alhamdulillah, harini 1/12/2024. Bermakna, ada baki 30 hari sahaja lagi kita bakal masuk ke tahun baru. Pada aku, tahun ini merupakan tahun yang mencabar, 360 degree aku hidup aku berubah, aku tukar kerja, aku belajar bawa motor bagi memudahkan pergi dan balik kerja, dapat peluang buat Umrah sendiri, moga tahun depan ada sinar yang lebih bahagia. 


Thank you for reading guys! 












Reading Time:

Monday, 11 November 2024

The Best Body Massage Tradisional Pressurini Spa Area Damansara Damai
9:40 pm0 Comments

 Salam to all readers,


| The Best Body Massage Tradisional Pressurini Spa Area Damansara Damai | I'm back! Lama rasanya tak menaip. Asal ada semangat nak menulis kita pula takde masa nak update, bila free time, tak ada idea nak menaip pula. Dilema pula seorang Azwar ini. Aku nak share dengan korang semua, terutama siapa yang suka massage body. hehe. I'm one of yang suka gila pergi massage. Sangat memilih juga tempat untuk urutan, sekarang nak cari port massage affordable dan best sangatlah payah, sampai satu hari aku jumpa 1 lagi port baik nak massage badan. Lately, badan aku sakit dan penat rasanya, aku lama tak pergi massage, this week aku berkesempatan luang masa pergi massage tradisional di Pressurini Spa.


Dekat pun dekat, paling penting dekat dengan public transport. hehe.. Apa menariknya dekat sini, pakej yang ditawarkan tak masuk akal ya. Harga sangat rahmah. Even ini pertama kali aku datang, tak dinafikan my first impression dekat spa ni, memang superb. Korang wajib try, pada aku bukan senang nak jumpa spa orang melayu yang betul-betul pandai urut. Before this, aku dah pergi yang lagi mahal, awal-awal best tukang urut, net round, staff yang biasa urut tu dah resign, ganti orang lain, urutan tak best langsung. Harga sama je. 


Why not kita support lokal spa pula kaliniIni. Tempat best, wajib racun korang juga pergi. Mana tahu, kalau ada pengikut aku disini suka pergi spa, bolehlah try Pressurini Spa, dekat Damansara Damai ini. Jom tengok apa menarik dalam spa ini.


Apa yang Menarik di Pressurini Spa, Damansara Damai?


Pressurini Spa merupakan port massage urutan badan yang diusahakan oleh orang Melayu. Bukan sahaja urutan badan, malah Pressurini spa turut menyediakan servis tata rias wajah, kuku, urutan rahim wanita, urut badan relaxing dan juga tradisional. Pressuri spa terletak di G120, Season Square Damansara Damai. Pengasas spa ini cukup ramah, korang juga boleh dapat khidmat nasihat tentang kecantikan darinya juga. Untuk dapatkan rawatan disini, korang boleh terus walk in ataupun booking terus.



Sempat bergambar dengan Mimi, pengasas spa Pressurini.



Waktu ini tengah excited nak massage. Kena change pakaian terlebih dahulu, pakai kain batik. Let's go salin baju dan start relaxing massage body.


Inilah set persalinan wajib ditukar. Pada aku Pressurini spa ini sangat nyaman sekali, tambah-tambah dapat tukang urut yang best gila. Thank you Kak Nora massage kita, Kak Nora pandai tekan part yang betul-betul tengah sakit. 


Sangat relax dapat massage, sampai tertidur jugalah aku dibuatnya. Lebih kurang 60min jugalah aku dapat massage half body sekali face massage. Aku paling sakit bahagian shoulder dengan pinggang.. Ialah kita duduk pejabat lama sangat duduk, mahu kejang juga urut sendi. Nak tahu tak package yang aku buat ini berapa total? Jeng-jeng, mesti korang rasa tak masuk akal langsung harganya.


Aku pun awalnya tak percaya juga, harganya semurah itu. Tapi ini memang betul-betul kawan bukan lagi cubaan. Harga package yang aku ambil ini hanya serendah RM100 sahaja. Murah kan? Aku dah cakap tak percaya. Jom tengok pakej harga rahmah yang Pressurini Spa tawarkan.


Urutan Pakej Rahmah di Pressurini Spa

Ini antara pakej rahmah RM100 Pressurini Spa tawarkan. Aku ambil yang no. 1, pakej half body massage + scalp massage + face massage. Perghh memang syahdu dapat massage weyh, badan terasa lebih ringan. Kalau rasa sakit sangat kena massage, korang boleh je minta dorang buat slow sikit. Overall aku buat rawatan massage dekat sini memang best, tempat senang nak akses naik public transport, spa bersih dan nyaman, tukang urut debomm, pakej harga berpatutan.

Bukan senang nak dapat serba serbi lengkap, paling penting tukang massage dekat Pressurini Spa ini tak pernah mengecewakan. Pada korang yang duduk sekitar Damansara Damai or sekitar Damansara, bolehlah terjah spa Pressurini Spa ini. Aku yakin, sekali korang datang, pasti nak datang lagi.



Ini muka lepas settle berurut. Sumpah, badan rasa lebih ringan, lepas berurut. Pasti akan repeat datang sini net month. heheh.. If korang nak datang, better book slot awal-awal. Boleh refer details dekat bawah ini;


Pressurini Spa, Damansara Damai
Alamat: G120, Season Square Damansara Damai
Waktu Operasi: 10.00am-8.00pm (Setiap Selasa-Ahad)
No Telefon: 010-9600726



Apa tunggu lagi geng, siapa kaki massage jangan lupa terjah Pressuri Spa pula lepas ini. Rasai urutan tradisional yang sangat nyaman sekali!



Thank you for reading geng!
Reading Time: